PMUBD Core Value: Unity, Commitment, Professional, Quality, Proactive

Posts tagged ‘Ramadhan UBD PMUBD 2013 MPP YDP’

Ramdhan Kareem 2013

Ramadhan poster

Assalamualaikum kepada semua muslimin muslimat PMUBD,

Alhamdulillah dalam beberapa jam lagi kita akan bertemu dengan bulan yang dinanti-nanti, Ramadhan.

Bulan yang kita tunggu untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik,
Bulan yang mengeluarkan kita dari ibadah yang biasa menjadi luar biasa,
Bulan yang digandakan segala pahala dalam setiap ibadah yang kita lakukan,
Mahupun ianya sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, solat malam Qiamullail, solat sunat Terawih, membaca Al-Quran, iftar ramai dan lainnya,

Adalah untuk melatih diri kita untuk membina kebiasaan membuat amal kebajikan soleh buat diri sendiri dan juga orang lain,

Manfaatkan bulan Ramadhan bersungguh-sungguh dalam mencari dan memperbanyakan amal kebajikan yang bermanfaat buat manusia walaupun sedikit tetapi berkualiti,
Jangan jadikan Ramadhan menjadi feista makan dan hiburan yang melampau,
Keluarkan diri kita dari kebiasaan hari-hari sebelumnya dan jadikan Ramadhan kali ni lebih bermakna dan berkualiti,
Semoga ianya menjadi kebiasaan yang luar biasa setelah melalui bulan Ramadhan ini,

Muhasabbah diri masing-masing sepanjang hidup kita sebagai muslim,
Adakah kita ini Hamba Allah betul-betul cintakan Allah atau cuma pada kata-kata sahaja,
Cinta tidak diungkapkan pada kata sahaja bahkan yang penting adalah pada perbuatan,
Bangunlah dari lena mu wahai saudara saudari ku yang dikasihi,
Allah swt sedang menanti rintihan ikhlas mu,
Semoga dapat apa yang dicari ; Redha dan ampunan Allah swt, menjadi milik mu.
Jadilah ibadurrahman! Amin!

Reflect Surah Al- Furqan 25: Ayat 63-77

Haji An-Mu’az Bin Haji Jinal @ Zainal
Yang Di-Pertua PMUBD 2013
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013