PMUBD Core Value: Unity, Commitment, Professional, Quality, Proactive

Archive for October, 2014

Pameran Sempena 10th One Asia Breastfeeding Partners Forum

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sukacita dimaklumkan kepada semua mahasiswa/i Universiti Brunei Darussalam bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Makmal, Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, akan mengadakan Pameran Sempena 10th One Asia Breastfeeding Partners Forum bertempat Tempat lapang berhampiran Dewan Al ‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Pihak UBD telah berbesar hati ingin menjemput 25 orang mahasiswi bagi menghadiri pameran tersebut pada:

Hari: Rabu

Tarikh: 29hb Oktober 2014

Jam: 1.30[petang] – 4.00 [petang]

Tempat menunggu bas: hadapan Student Centre UBD

Sila hantarkan;

1) Nama Penuh

2) Nombor Pendaftaran 

3) Nombor yang dihubungi

kepada emel pmubd.hep@ubd.edu.bn dengan tajuk ‘Pameran Sempena 10th One Asia Breastfeeding Partners Forum’. Tarikh akhir menghantar emel adalah pada 28hb Oktober 2014 pada pukul 4.30[petang]. Bas akan disediakan.

Sehubungan dengan ini, pihak PMUBD ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan penyertaan biskita. Sekian, Terima kasih.

Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah Kementerian Pendidikan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sukacita memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan akan mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah yang akan diadakan pada tarikh berikut:-

Pada: 3 November 2014 [Isnin]
Jam: 2 petang
Tempat: Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampong Manggis/Madang

Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pendidikan ingin menjemput 20 orang mahasiswa/i untuk menghadiri majlis tersebut. Mana-mana mahasiswa/i yang berminat untuk menghadiri majlis tersebut boleh lah menghantar butiran peribadi seperti nama penuh, no pendaftaran UBD dan no telefon kepada pmubd.hep@ubd.edu.bn tidak lewat daripada 28 Oktober 2014

Sekian, Terima Kasih.

Simposium Majlis Ilmu 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sukacita memaklumkan kepada mahasiswa/i Universiti Brunei Darussalam bahawa Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam selaku penyelaras akan mengadakan Simposium Majlis Ilmu 2014 Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang ke-68 Tahun yang akan diadakan selama 3 hari berturut-turut pada:

Tarikh: 28hb Oktober 2014 – 30 Oktober 2014
Jam: 1.30 petang
Tempat: Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.
Tema: Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah

Sehubungan dengan itu, kepada yang mahasiswa/i yang berminat untuk mengikuti seminar ini, sila hantar:

1. Nama Penuh
2. No Pendaftaran UBD
3. No Telefon

melalui emel kepada pmubd.hep@ubd.edu.bn. Sila ambil kad jemputan biskita di Pejabat PMUBD bagi acara tersebut pada waktu pejabat.

Sekian, terima kasih.

Blood Donation Drive @ UBD

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dear all UBDians,

We would like to inform all of you that the ‘Blood Donation Drive @ UBD’ will be held on:

Date: 30th October 2014

Day: Thursday

Time: 2.00pm – 4.00pm

Venue: Inspiring Hall, Student Centre, Universiti Brunei Darussalam.

Lets come and join us for this donation!

Blood Donation

Warm Regards,

Majlis Perwakilan Pelajar 2013/2014,

Universiti Brunei Darussalam.

PMUBD Office Closed

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Please be informed that PMUBD Office will be closed on 10th November – 11th December 2014 to give way for members of the Student Representatives Council to do their revision for the upcoming examination. Any clubs’ activities are advisable to be stopped and cancelled during those duration. Thank you for your cooperation and we wish everyone best of luck for the upcoming examination

Best Wishes,
Majlis Perwakilan Pelajar 2013/2014,
Persatuan Mahasiswa/i Universiti Brunei Darussalam.

pmubd office closed

Inter-House Sportsmeet 2014 – Terima Kasih kepada semua!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas selesainya acara Interhouse Sportsmeet 2014 yang dilangsungkan pada Ahad lalu, 19 Oktober 2014. Di atas kesempatan ini, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang – pemenang acara Interhouse Sportsmeet 2014 dengan Rumah Biru meraih sebagai Johan Interhouse Sportsmeet 2014 dengan mengutip 71 mata, diikuti dengan Rumah Hijau – 48 mata; Rumah Kuning – 39 mata dan Rumah Merah – 28 mata. Diharap dengan acara seperti ini akan dapat lagi menyemarakkan semangat kesukanan di antara para mahasiswa/I selaras dengan salah satu hasrat PMUBD yang mengetengahkan elemen ‘kesatu-paduan’ yakni Unity.

Di atas kesempatan ini juga, saya mewakili warga Eksekutif Sukan dan Rekreasi ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara Interhouse Sportsmeet 2014 ; ini termasuk kesemua Ahli Jawatankuasa Acara Interhouse Sportsmeet 2014, Majlis Perwakilan Pelajar, Badan – Badan Pergerakan Mahasiswa/I (Student Bodies), warga Eksekutif dan para sukarelawan, mahasiswa/I yang ikut serta – yang mana telah bersatu padu dalam menyumbangkan tenaga dan berkongsi buah fikiran serta pendapat demi menjayakan acara ini.

Saya juga mewakili Eksekutif Sukan dan Rekreasi dan Majlisk Perwakilan Pelajar Universiti Brunei Darussalam, ingin memohon maaf kepada jika terdapat sebarang kekurangan di sepanjang acara tersebut dilaksanakan. Semoga segala kekurangan akan dapat diperbaiki untuk acara-acara yang akan datang.

Jika biskita ingin membuat sebarang cadangan ataupun komen, bolehlah menghubungi kami di esr.pmubd@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Amiratul Akmal binti Alimin
Pemangku Ketua Eksekutif
Eksekutif Sukan dan Rekreasi
Persatuan Mahasiswa/I Universiti Brunei Darussalam
Sesi 2013/2014

Salam Ma’al Hijrah 1436H

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Pihak PMUBD ingin mengucapkan selamat menyambut Awal Tahun Hijrah 1436H.. Semoga Allah terima semua amalan kita pada tahun lepas dan semoga tahun baru ini akan membawa kita ke satu penghijrahan yang baik dan semoga amalan kita semua pada tahun baru ini akan di terima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala aamiin..

Ucapan tulus ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar 2013/2014,
Universiti Brunei Darussalam

maal hijrah