PMUBD Core Value: Unity, Commitment, Professional, Quality, Proactive

'UBD Interfaculty Sports Meet' 2013 Sempena Pesta Konvo 2013

Tarikh Acara : 20 & 27 Oktober 2013

Tempat : Sukan dan Balapan, Kompleks Sukan UBD
Kejohanan yang diadakan sempena Pesta Konvo 2013 adalah merupakan sebuah kerjasama di antara Unit Kegiatan Luar dan Persatuan Mahasiswa Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD). “Interfaculty Sports Meets” ini akan mempertandingkan sukan padang dan balapan serta sukan ria. Para peserta pertandingan terdiri daripada mahasiswa/i daripada semua fakulti di UBD malahan kakitangan dan seluruh warga (staf) UBD juga akan terlibat sama bagi memeriahkan lagi acara ini.

Antara fakulti-fakulti yang akan menyertai ialah Faculty of Arts and Social Sciences (FASS), Faculty of Science (FOS), Institute of Health Sciences (IHS), Akademi Pengajian Brunei (APB), Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), Faculty Of Integrated Technology (FIT), Faculty of Business, Economics and Policy Studies (FBEPS). Kejohanan ini berlangsung pada 20 dan 27 Oktober 2013.

Pertandingan akan bermula pada petang Ahad dengan ‘premilinary round’ pada 20 Oktober 2013. Seterusnya Pertandingan akan diteruskan lagi pada hari kedua iaitu pada hari Ahad seminggu selepas ‘preliminary rounds’, 27 Oktober 2013. Manakala, Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah akan diadakan selepas peringkat akhir pertandingan berakhir.

Objektif Kejohanan ini adalah untuk menggalakkan mahasiswa/i dalam melibatkan diri pada sebuah pertandingan yang sihat malah untuk mempertingkatkan lagi mutu sukan dan menggalakkan bilangan penyertaan mahasiswa/i dalam sukan-sukan yang dipertandingkan. Bukan itu sahaja, dengan adanya kejohanan ini juga menjadi salah satu asas bagi pemilihan atlet-atlet bagi mewakili Universiti ke peringkat nasional dan juga antarabangsa di masa hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: