PMUBD Core Value: Unity, Commitment, Professional, Quality, Proactive

PESTA KONVO 2013: Green Xchange 5 (GX5) by UBD SCOT

Green Xchange ini di-ilham kan oleh persatuan Non Government Organisation (NGO) di Singapura iaitu Avelife Foundation.

Setelah mengambil kira akan manfaat dan kebaikan Green Xchange ini makanya Society for Community Outreach & Training UBD dan Avelife Foundation Singapore, telah bergabung dan berusaha sama dalam menjayakan projek ini yang berkonsepkan kehijauan.

Green Xchange ini adalah projek yang memberi manfaat kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk menambahkan sumber rezeki. Yang mana penduduk kampung digalakkan untuk mengumpulkan bahan-bahan kitar semula dan menukarkannya dengan komoditi asas, iaitu beras.

SCOT telah berjaya melancarkan Projek ini sebanyak 4 Kali. Dan ini adalah kali kedua Projek Green Xchange dijalankan di Kg Sg Kebun, atas dasar ‘Kitaran’ untuk memberi peluang kepada penduduk kampung di sekitar kawasan kg Sungai kebun. Penduduk kampung sangat menggalakkan akan projek Green Xchange ini diadakan setiap tahun. Diharapkan juga agar projek ini dapat memberi kesedaran kepada seluruh penduduk bahawa barangan kitar semula itu mempunyai nilai jika ianya digunakan tepat pada waktunya dan sekaligus menanamkan sikap menjaga kebersihan alam sekitar kepada generasi yang akan datang.

Mengenai dengan persiapan projek ini pula, Syukur Alhamdulillah, SCOT telah memulakan persiapan GX5 ini sejak bulan Jun 2013 lagi. SCOT telah sepakat untuk menetapkan GX5 diadakan pada 1 September 2013 yang mana SCOT beranggapan bahawa pada tarikh tersebut adalah bersesuaian kerana banyak barang yang boleh dikitar semula sekiranya ia dijadualkan semasa musim perayaan, seperti tin-tin minuman, dan perkakas lama yang tidak diguna pakai lebih-lebih lagi pada musim Hari Raya.

Pada kali ini, SCOT telah menetapkan beras sebanyak 180 guni untuk ditukarkan dengan barang kitar semula kepada penduduk kampung, kerana saya yakin Projek yang dijalankan sebelum ini telah memberikan impak yang positif kepada penduduk kampung.
Menyentuh mengenai Sukarelawan, SCOT juga membukakan peluang kepada belia-belia untuk turut sama meluangkan masa mereka melakukan tugasan khidmat
masyarakat. Di samping itu, SCOT juga bertujuan untuk membimbing sukarelawan supaya lebih berani menceburkan diri dalam bidang kemasyarakatan bagi menjayakan misi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menjelang tahun 2015 yang berbunyi “Membudayakan semangat kesukarelaan dan berdikari di kalangan semua peringkat masyarakat”.

Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada HSBC Brunei, kerana berkesudian menjadi Penaja Utama Green Xchange kali ke-5 ini. Begitu juga dengan usaha dan kerjasama yang telah di sumbangkan oleh Pihak Universiti Brunei Darussalam dan semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama dan sumbangan yang ikhlas dalam apa jua bentuk semata-mata bagi menjayakan Majlis ini. Tanpa sokongan dan kerjasama semua pihak, Projek ini adalah mustahil untuk dijalankan pada masa ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

– UBD SCOT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: