PMUBD Core Value: Unity, Commitment, Professional, Quality, Proactive

Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran Pesta Konvo 2013

Majlis Khatam Al-Quran Universiti Brunei Darussalam

Ogos 31, Sabtu. Universiti Brunei Darussalam telah mengadakan majlis khatam Al-Quran bersempena pesta konvo pada tahun ini, yang diadakan disebelah petang sejajar selepas majlis perasmian pesta konvo disebelah pagi. Majlis Khatam Al-Quran ini diselenggarakan oleh kakitangan Ubd berserta Majlis perwakilan pelajar bahagian eksekutif keugamaan dan kerohanian dan juga bahagian eksekutif kediaman siswa dan siswi.

Majlis tersebut diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam dimulai dengan ketibaan yang berhormat serta ibu bapa. Pada hari tersebut kemeriahan diserikan lagi dengan jambangan bunga telur sebagai buah tangan tetamu yang hadir. Acara pada hari itu dimula dengan bacaan surah Al- Fatihah seterusnya bacaan diketuai oleh para pembimbing dan diikuti oleh peserta.

Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran dan seterusnya para tetamu dijemput untuk menikmati jamuan.

Majlis khatam Al-Quran ini adalah merupakan antara majlis kemuncak sebelum majlis penerimaan ijazah kepada bakal graduasi. seperti yang diharapkan oleh ubd adalah untuk menghasilkan bakal pemimpin ke arah kesempurnaan insan.

Al-Quran ialah sebaik-baik petunjuk yang diturunkan kepada umat manusia untuk memahaminya dan mengamalkannya. Seperti yang dikatakan oleh Luqman Al hakim bahawasanya orang yang gila ialah orang yang melakukan kesalahan dua kli. Oleh itu, jadikan lah pedoman dari apa yang telah dilakukan oleh umat yang terdahulu seperti yang tertulis dalam Al Quran.

Artikel oleh
Firdaus
Journalist EMPRO PMUBD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: