PMUBD Core Value: Unity, Commitment, Professional, Quality, Proactive

Raya

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,

Kepada para mahasiswa/i Universiti Brunei Darussalam yang kami hormati dan kasihi sekalian. InsyaAllah berakhirlah hayat bulan Ramadhan dan menjelangnya bulan Syawal. Semoga segala amal kebajikan soleh yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah s.w.t

Dan setinggi-tinggi Tahniah kami ucapkan kepada semua para muslimin muslimat yang berjaya berjihad bersabar melawan hawa nafsu sendiri dalam melatih diri kita supaya sentiasa hidup dalam kesederhanaan dan moga-moga kekal istiqamah dalam meneruskan amal-amal baik yang bermanfaat buat diri dan juga masyarakat. Semoga amal yang rajin diamalkan semasa bulan Ramadhan dapat dibawa kepada bulan-bulan seterusnya Amin Ya Rabb.

(39:10) Surah Az-Zumar, Ayat 10:
قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”

Semoga sabar yang dicurahkan dapat dikekalkan sampai bila-bila dan hanya Allah yang akan menyempurnakan pahala amal abiskita tanpa batas InsyaAllah.

Kami Persatuan Mahasiswa/i Universiti Brunei Darussalam juga tidak lupa ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan dari para mahasiswa/i yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam mempelbagaikan dan memperbanyakan aktiviti-aktiviti bermanfaat khusus buat warga Universiti Brunei Darussalam. Kekalkan kemesraan dan kebersamaan kita bagi membangun kemajuan ke arah yang lebih baik InsyaAllah.

Dengan itu kami PMUBD ingin mengucapkan Selamat hari ŗaya Aidil Fitri 1434H,Mohon maaf zahir dan batin.

Kullu ‘aamin Wa antum bikhair!
Bila ada kata yang merangkai dusta,
Bila ada langkah yang membekas lara,
Bila hati ada yang penuh prasangka,
Dan bila ada perbuatan yang menoreh luka,
Mohon bukakan pintu kemaafan seluasnya,
Salam Aidil Fitrah Maaf Zahir dan batin buat semua warga Universiti Brunei Darussalam!

“Ya Allah, kekalkan kemesraan hati-hati ini dan tunjukanlah kami kepada jalan yang lurus”

Tulus Ikhlas,
Haji An-Mu’az Bin Haji Jinal @ Zainal
Yang Di-Pertua PMUBD
MPP 2012-2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: